Sunday, June 1, 2008

Q&A ABOUT SY-NADS!

SIAPA SBM WEB SDN BHD?

Adalah sebuah syarikat yang diperbadankan di Malaysia di bawah Akta Syarikat 1965 sejak 2006 menjalankan kerja-kerja pengiklanan.

APA ITU SY-NADS!?

Adalah program yang diilhamkan dan dibangunkan oleh SBM WEB S/B.

BAGAIMANA SY-NADS! BEROPERASI?

1. SBM Web akan mencari syarikat-syarikat untuk menggunakan khidmat SBM Web bagi mengiklankan produk dan/atau perkhidmatan mereka.

2. SBM Web akan mengenakan bayaran kepada mereka.

3. SBM Web akan mengiklankan barangan dan/atau produk mereka di laman-laman web yang dibina oleh SBM Web dan juga laman-laman web, blog dan forum oleh pekerja-pekerja sambilan SBM Web.

4. SBM Web juga akan mengiklankan barangan dan/atau produk mereka di kenderaan-kenderaan bergerak milik pekerja-pekerja sambilan SBM Web.

5. SBM Web akan membayar pekerja-pekerja sambilan SBM Web secara perkongsian keuntungan di mana untung yang diperolehi akan dibahagikan kepada pekerja-pekerja sambilan SBM Web.

6. Pekerja-pekerja sambilan ini dipanggil Promoter dan dibahagikan kepada 3 kategori iaitu:-

A. Promoter Biasa
B. Promoter Eksekutif
C. Promoter VIP.

7. SBM Web akan membahagikan keuntungan yang diperolehi mengikut nisbah berikut dan dibahagikan secara sama rata mengikut kategori masing-masing:-

A. Promoter Biasa 10%
B. Promoter Eksekutif 20%
C. Promoter VIP 30%

8. Keuntungan akan dibayar secara sekaligus sebaik sahaja SBM Web menerima bayaran daripada Pengiklan.

9. SBM Web akan membayar 10% daripada keuntungan yang diperolehi kepada mana-mana Promoter yang memperkenalkan Pengiklan kepada SBM Web dan Pengiklan tersebut bersetuju menggunakan perkhidmatan SBM Web.

10. SBM Web akan membayar bayaran di atas secara sekaligus sebaik sahaja SBM Web menerima bayaran daripada Pengiklan.

11. SBM memerlukan ramai Promoter.

12. Semakin ramai Promoter semakin mudah bagi SBM Web meyakinkan Pengiklan untuk menggunakan perkhidmatan SBM Web.

13. Untuk meningkatkan jumlah Promoter, SBM Web akan membayar setiap Promoter yang memperkenalkan Promoter-Promoter baru “introducer fee” mengikut pecahan berikut:

A. Perkenalkan Promoter Biasa anda dibayar RM20.00
B. Perkenalkan Promoter Eksekutif anda dibayar RM200.00
C. Perkenalkan Promoter VIP dibayar anda RM2000.00

14. SBM Web akan membayar bayaran di atas 6 hari selepas Promoter baru bersetuju menyertai SBM Web dan menandatangani terma-terma dan syarat-syarat perkhidmatan. Bayaran akan dibuat secara sekaligus kepada Pomoter yang memperkenalkan Promoter-Promoter baru kepada SBM Web.

BAGAIMANA UNTUK MENJADI PROMOTER?

1. Anda perlu memiliki laman web, forum, blog atau kenderaan bergerak.

2. Anda perlulah berumur 18 tahun ke atas.

3. Anda perlu membayar RM20.00 bagi Promoter Biasa, RM200.00 bagi Promoter Eksekutif dan RM2000.00 bagi Promoter VIP sebagai jaminan perkhidmatan kepada SBM Web. Bayaran ini akan dikembalikan kepada anda di akhir tempoh kontrak perkhidmatan anda tertakluk anda tidak gagal mempamerkan iklan-iklan yang diamanahkan kepada anda di sepanjang tempoh perkhidmatan.

4. Anda perlu membayar RM30.00 bagi Promoter Biasa, RM300.00 bagi Promoter Eksekutif dan RM3000.00 bagi Promoter VIP sebagai bayaran guaman dan pemprosesan. Bayaran ini tidak akan dikembalikan.

TEMPOH PERKHIDMATAN

1. Tempoh Perkhidmatan adalah selama 1 tahun.

2. Selepas 1 tahun anda perlu memasuki satu kontrak baru dan mengulangi syarat2 di atas semula.

3. Pihak SBM Web berhak menilai perkhdmatan anda dan menyambung perkhidmatan anda tanpa anda perlu mengikuti syarat-syarat di atas bergantung kepada prestasi anda.

ADAKAH INI SKIM CEPAT KAYA?

Tidak. Skim cepat kaya menjanjikan pulangan yang pasti. SBM menjanjikan perkongsian keuntungan.

ADAKAH IANYA HALAL?

Ya, ianya adalah halal kerana anda tahu sumber pendapatan SBM Web.

ADAKAH IANYA SAH DI SISI UNDANG-UNDANG?

Ya, ianya sah di sisi undang-undang dan tidak tertakluk kepada Akta Jualan Langsung.

ADAKAH INI SKIM PYRAMID ATAU MULTI LEVEL?

Tidak, kerana anda hanya mendapat bayaran daripada kerja-kerja yang ANDA lakukan.

BAGAIMANA UNTUK MENGETAHUI SAMADA SBM WEB MEMPEROLEHI KERJA ATAU TIDAK?

1. Setiap kerja pengiklanan yang diperolehi akan diumumkan di laman web SBM WEB.

2. Anda juga boleh mengetahi melalui kerja-kerja pengiklanan yang diberikan kepada anda.

BAGAIMANA IKLAN TERSEBUT?

1. Setiap kenderaan atau laman web hanya akan membawa 1 iklan.

2. Iklan adalah berukuran 12” X 6” bagi kereta, 4” X 3” bagi motorsikal dan 5” x 2” bagi laman web.

No comments: